Friday, December 31, 2010

1 Januari 2011~1201pm...Selamat Tahun Baru,sahabat!

Assalamualaikum..yeah..dah msuk taun baru dah ni...sume kene baru..persiapkan mental,fizikal lahir dan batin untuk menghadapi sesuatu yg baru..tp bg pendapat ak,xsemestinya kite hanya perlu berazam baru n sume tuka baru bile tahun bertukar taun,,,bg ak tahun baru menunjukkan kematangan dan kita sbnarnya dlm kalangan yg bertuah kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki lg diri kita dan pertingkatkan usaha untuk mencapai cita2 yg masih belum digapai...he3..

emm.mlm td ak terlelap dlm kul 11 lebih...so ak xcountdown ah new yr..ha3..terlepas sudah..neva mind..ak xde azam baru taun nih..cumenye ak nak completekan 7 azam yg ak aim sblom 19 julai 2011(besday ak yg ke20..) minx2 doakan lah ye..insyaALLAH...selagi diberi peluang,mase,nyawa,rezeki,berkat dan restu makayah ak akan cube teros melangkah even sbnarnye ak dah lost ni...

Apa2 hal ponntanggungjawab sbgai student,anak,rakan,muslimah kene teros dipikul...kebergantungan ak kepada Allah swt shj yg ak ade skang ni selain usaha yg berterosan..InsyaALLAH2...minta doa drp kalian...

                              

ini yg ak harapkan 5 tahun lg(insyaALLAH jika masih diberi kesempatan)....

oklah..nak kongsi artikel sikit...mohon lapang2 kan masa...he3,,,tq..salam....



FAEDAH MENUNDUKKAN PANDANGAN


Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

selawat~~

No comments:

Post a Comment